Siakap Keli
Kredit: Facebook TvPAS/Bernama

Pelancong Mat Salleh Bertuah, Menteri Tolong Ambilkan Gambar Kenang-Kenangan Depan Masjid

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Baru-baru ini, dua pelancong luar negara telah menerima layanan istimewa seorang menteri ketika melawati Masjid Putra, Putrajaya.

Dalam satu gambar dikongsikan TvPAS, Menteri Alam Sekitar, YB Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat sedang mengambil gambar sepasang pelancong ‘mat saleh’ di hadapan masjid berkenaan.

“Sebelum istiadat angkat sumpah bermula, kami menunaikan Solat Zohor di Masjid Putra, Putrajaya,” tulis portal berkenaan.

 

Perbuatan beliau telah mendapat pujian orang ramai yang kagum dengan akhlak ditunjukkannya.

Terbaik, sedia membantu

Permulaan dakwah yang baik

Mungkin ingat Dato’ petugas masjid

Kalau tahu beliau menteri, mesti mereka teruja

YB Tuan Ibrahim merupakan Timbalan Presiden PAS merangkap Menteri Alam Sekitar yang baharu. Beliau telah mengangkat sumpah semalam bersama 31 Menteri Kabinet baru.

“Saya tidak menduga akan diamanahkan ke jawatan ini. Ia adalah taklifan yang berat. Suatu amanah Allah yang perlu dipikul.

“Saya sering memohon agar Allah tidak bebankan saya dengan suatu jawatan yang menyusahkan saya nanti di akhirat, dan mengharapkan pertolongan Allah dengan amanah ini.

“Semoga jawatan ini menambahkan taqwa sebagaimana seluruh alam, samada di langit atau di bumi sentiasa bertasbih kepada Penciptanya,” tulis beliau di laman Facebook miliknya semalam.

Sumber: TvPAS

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.