Siakap Keli

CR7 Kuarantin Diri Di Kampung Lepas Rakan Sepasukannya Positif Covid-19

Cristiano Ronaldo mengkuarantinkan dirinya di Madeira selepas rakan sepasukannya di Juventus iaitu Daniele Rugani disahkan positif menghidapi virus Covid-19.

Bintang Portugal itu telah pulang ke kampung halamannya untuk menziarah ibunya yang diserang angin ahmar sebelum berita berkenaan rakan sepasukannya itu tersebar.

Kedua-dua Ronaldo dan Rugani telah berkongsi bilik persalinan pada Ahad semasa perlawanan menentang Inter Milan yang diadakan secara tertutup berlangsung.

Satu gambar di Instagram yang dikongsi melalui akaun Instagram Miralem Pjanic memaparkan Ronaldo dan Rugani bersama rakan sepasukan mereka yang lain sedang meraikan kejayaan selepas menewaskan pasukan Inter Milan dengan keputusan 2-0.

Kesemua yang pernah berkontak dengan Rugani kini perlu mengkuarantinkan diri mereka.

Kesemua acara sukan yang dilangsungkan di Itali telah dibatalkan sehingga 3 April, namun begitu, Juventus dijadualkan akan berdepan dengan kelab Lyon dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah Selasa depan.

Perlawanan tersebut telah dijadualkan diadakan secara tertutup tetapi dijangkakan akan ditunda oleh pihak UEFA.

Rugani adalah pemain bola sepak profesional kedua yang disahkan positif Covid-19 manakala pemain pertahanan Hannover 96 Timo Hubers pula adalah yang pertama dan kini sedang dikuarantinkan.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa