Siakap Keli
Foto: Bernama

Hospital Sungai Buloh Mempunyai Katil, Wad Dan Kakitangan Yang Cukup Mengendali Kes Covid-19 – Adham Baba

Bagi menangani kes wabak Covid-19 di Malaysia, satu usaha bagus daripada Hospital Sungai Buloh mempunyai katil, wad dan kakitangan yang mencukupi.

Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pihak Hospital Sungai Buloh telah menyediakan kelengkapan untuk mengendalikan kes Covid-19 ini.

Katanya lagi, beliau merayu kepada mereka yang menghadiri program ijtimak tabligh di Seri Petaling untuk tampil membuat saringan di hospital.

Menerusi Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), penularan jangkitan #COVID19 di Malaysia adalah terkawal, tegas Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr Adham Baba.

Malaysia masih di peringkat early containment walaupun pertambahan kes termasuk kes kluster baru melibatkan satu perhimpunan keagamaan di Sri Petaling.

KKM dalam bersiapsiaga bagi menghadapi kemungkinan jangkitan menjadi semakin serius. 56 hospital KKM seluruh negara sudah bersedia untuk merawat pesakit.

Hospital Sg Buloh misalnya mampu merawat 772 pesakit dalam satu masa, kata Dr Adham selepas melawat Hospital Sungai Buloh.

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)