Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan: Bernama

JKKP Johor Nafi Keluarkan Kenyataan Mengenai Covid-19 Di Pasir Gudang

Johor Bahru: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor hari ini menafikan ada mengeluarkan kenyataan berhubung penularan jangkitan COVID-19 di Pasir Gudang ataupun di kawasan sekitar negeri itu.

Sehubungan itu, menerusi kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Sumber Manusia, JKKP Johor mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang berita dan maklumat tentang COVID-19 tanpa menyemak terlebih dahulu dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Jabatan (JKKP Johor) tidak pernah mengeluarkan berita berkaitan dengan penularan COVID-19 di Pasir Gudang mahupun di mana-mana kawasan sekitar negeri Johor,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, tular satu kenyataan di media sosial mengenai amaran penularan COVID-19 di Pasir Gudang yang mendakwa ia adalah daripada JKKP.

Kenyataan itu menasihati orang ramai supaya mengelak berada di kawasan tumpuan awam, terutama di beberapa kawasan sekitar Pasir Gudang.

Sumber: Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.