Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Pelakon Forest Gump, Tom Hanks Sahkan Dirinya Dan Isteri Dijangkiti Covid-19

Selebriti terkenal Hollywood, Tom Hanks, mengumumkan bahawa beliau dan isterinya telah disahkan positif dijangkiti dengan virus Covid-19.

Dalam satu Tweet yang ditulis kepada peminatnya, bintang filem Forest Gump yang sedang menjalani satu penggambaran di Australia itu menulis: “Hello semua. Saya dan Rita kini sedang berada di Australia. Kami berasa sedikit letih, dan kami sedang mengalami selesema, dan rasa sakit-sakit badan.

“Sebagai perkara betul yang perlu dilakukan, kami telah melakukan ujian Covid-19, dan kami telah disahkan positif.”

Menurut Hanks, dia dan isterinya itu akan diuji, diperhati dan diasingkan selama mana tempoh yang dikehendaki pegawai kesihatan untuk keselamatan.

“Pihak kesihatan mempunyai protokol yang perlu diikuti. Kami akan terus diuji, diperhatikan dan diasingkan sehingga diberitahu atas sebab-sebab keselamatan”, tulisnya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan koronavirus atau Covid-19 sebagai ‘pandemik’ pada Rabu. Lebih dari 125,000 orang di seluruh dunia telah dijangkiti dengan virus maut ini manakala lebih 4,500 angka kematian direkodkan.

Di Australia, terdapat 128 kes koronavirus dilaporkan berlaku di negara itu dengan tiga kematian dicatatkan. Di Amerika Syarikat pula, sekurang-kurangnya 1,300 orang di 41 negeri telah disahkan positif dijangkiti virus tersebut, lapor The New York Times, dengan 37 kematian dilaporkan terjadi akibat daripada virus itu.

Sumber: Mirror

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa