Siakap Keli

Pemain Bola Sepak Liga Jerman Pertama Positif Covid-19

Seorang pemain bola sepak di Jerman telah disahkan positif dijangkiti Covid-19, lapor Independent.

Pemain pertahanan Hannover 96, Timo Hubers, telah disahkan positif selepas menghadiri sebuah majlis, di mana dia telah bersentuhan dengan orang yang dijangkiti dengan virus maut itu.

Kelab Hannover 96 menyatakan bahawa pemain yang berusia 23 tahun itu tidak pernah bertemu dengan rakan sepasukannya sejak dari itu dan mengkuarantinkan dirinya. Dia walau bagaimanapun tidak menunjukkan apa-apa simptom lagi walaupun telah disahkan positif.

Seluruh skuad Hannover 96 termasuk para jurulatih turut menjalani ujian saringan sebagai langkah pencegahan. Kesemua mereka dilaporkan masih lagi berlatih seperti biasa pada hari ini.

Pasukan dari divisyen dua yang bakal bertemu dengan kelab Dynamo Dresden pada Ahad ini menyatakan bahawa Hubers tidak akan bermain dalam perlawanan tersebut, namun yang lain tetap akan bermain seperti biasa.

Hubers yang baru pulih darpada kecederaan itu baru sahaja bermain sebanyak tiga kali pada musim ini selepas menjalani pembedahan di bahagian lutut.

Bundesliga telah mengesahkan bahawa sejumlah besar perlawanan terpaksa diadakan secara tertutup, sungguh pun begitu, perlawanan pada Ahad ini bukanlah salah satu daripadanya.

Sumber: Independent

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa