Siakap Keli
Gambar: Tribun

Perit Lihat Anak Terbakar Hidup-Hidup, Si Ibu Meronta Pengsan Berkali-Kali

Seorang ibu yang tidak dapat menahan keperitan menyaksikan anaknya terbakar hidup-hidup, pengsan sebanyak beberapa kali.

Kejadian kebakaran yang berlaku di sebuah bengkel yang terletak di pinggir Jalan Bumi Perkemahan, Batam, Indonesia itu dilaporkan telah terjadi pada Rabu (11/3/2020) sekitar jam 9.30 malam tadi.

Dalam kejadian itu, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun telah dilaporkan meninggal dunia akibat rentung selepas tidak sempat untuk menyelamatkan dirinya.

Ketika kebakaran tersebut terjadi, kanak-kanak perempuan itu sedang berada di dalam bengkel berkenaan.

Menurut seorang saksi, ketika api sedang marak, ibunya yang panik berusaha untuk menyelamatkan anaknya yang sedang berada di dalam bengkel tersebut.

Bahkan, ibunya itu didakwa pengsan beberapa kali kerana tidak kuasa untuk menyaksikan cahaya matanya itu tersiksa.

“Ibu kanak-kanak tersebut pengsan, sedar balik kemudiannya pengsan lagi,” ujar seorang lelaki yang menyaksikan kejadian tersebut.

Dalam masa kira-kira dua jam, api yang marak itu telah memusnahkan bengkel tersebut sepenuhnya.

Api itu juga sempat untuk menyambar sebuah warung yang terletak berhampiran dengan bengkel berkenaan.

Sebanyak 4 Kenderaan pasukan bomba dan penyelamat telah dikerahkan bagi memadamkan api tersebut.

Jenazah kanak-kanak berusia 4 tahun itu dilaporkan telah dibawa ke rumah sakit Bhayangkara Polda Kepri untuk diuruskan.

Sumber: Tribun

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa