Siakap Keli

Pesuruhjaya Sukan Malaysia Nasihatkan Penganjur Tangguhkan Semua Acara Sukan

Susulan daripada wabak jangkitan Covid-19, Pesuruhjaya Sukan Malaysia mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkaitan penangguhan penganjuran acara sukan tempatan dan antarabangsa di Malaysia.

Menerusi kenyataan media tersebut, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 12 Mac 2020 telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) perlu ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan Covid-19.

Sehubungan itu, Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) menasihatkan penganjurkan acara sukan tempatan dan antarabangsa agar menangguhkan semua acara suka tersebut ke suatu tempoh yang akan ditetapkan oleh pihak berkuasa.

 

Sumber: Pesuruhjaya Sukan Malaysia 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)