Seluruh masjid di Singapura ditutup sementara mulai Jumaat (13 Mac 2020) hingga Selasa (17 Mac 2020), menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).
Ini bermaksud tiada solat Jumaat esok dan tiada solat secara berjemaah selama lima hari di semua masjid.
Selain itu, segala aktiviti di semua masjid termasuk kelas agama turut ditangguhkan selama 2 minggu bermula esok sehingga 27 Mac 2020.
Langkah ini dilakukan sebagai usaha menghalang penularan wabak koronavirus (Covid-19) berikutan dua jemaah tabligh warga Singapura telah disahkan positif jangkitan oleh Kementerian Kesihatan (MOH).
Difahamkan, dua jemaah berkenaan merupakan antara 90 warga Singapura yang menghadiri satu perhimpunan tabligh di Kuala Lumpur dari 27 Februari hingga 1 Mac lalu.
Dalam pada itu, Malaysia juga turut berusaha menjejaki sekurang-kurangnya 5,000 rakyat yang dikatakan telah menghadiri majlis berkenaan.
TEMPORARY CLOSURE OF MOSQUES AND SUSPENSION OF MOSQUE ACTIVITIESAbout 90 Singaporeans had attended a mass religious…
Posted by Islamic Religious Council of Singapore (MUIS) on Thursday, 12 March 2020
#COVID19: Friday prayers at all Singapore mosques on March 13, 2020 will be suspended – Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS)
— BERNAMA (@bernamadotcom) March 12, 2020