Siakap Keli
Kredit: Bernama

(Video) Pengguguran Kes LTTE Mungkin Akan Disemak, Dibuka Semula- KDN

Putrajaya, 12 Mac – Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Hamzah Zainudin berkata akan mempertimbangkan jika perlu membuka semula kes kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Dalam sidang media di sini hari ini, beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai perkara tersebut.

Tambahnya, tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang dan perlembagaan negara.

“Saya akan berbincang dengan semua pegawai-pegawai tertinggi sama ada daripada PDRM dan KDN sendiri, kita tengok apa yang patut kita lakukan.

“Keganasan (terorisme) bukan sahaja dalam negara kita tapi juga seluruh dunia. Kita perlu kumpulkan segala maklumat yang kita dapat. Kalau perlu kita ambil tingakan, saya akan ambil tindakan tegas mengikut undang-undang dan perlembagaan negara,” katanya.

Februari lalu, bekas Peguam Negara, Tommy Thomas telah menggugurkan pertuduhan dan membebaskan 12 orang suspek LTTE termasuk dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Sumber: KDN

Amira

Love yourself.