Siakap Keli

(Video)’Rider’ Tergolek Atas Jalan Hampir Digilis Kereta Lepas Langgar Jalan Tak Rata

Kemalangan jalan raya adalah sesuatu yang sukar untuk dielakkan walaupun segala langkah keselamatan telah diterapkan. Apa tidaknya, setiap kemalangan yang berlaku pasti akan memberi impak besar kepada mangsanya.

Menerusi satu rakaman yang berlegar di media sosial, satu kejadian kemalangan yang melibatkan seorang penunggang motosikal berpunca apabila dia seakan hilang kawalan selepas terlanggar sesuatu.

Kejadian yang dipercayai berlaku pada sekitar jam 5.25 petang itu dikatakan terjadi selepas seorang penunggang motorsikal yang melalui kawasan tersebut didakwa telah melanggar satu tampalan jalan yang tidak rata serta mendap.

Pemandu motorsikal itu dilihat secara tiba-tiba hilang kawalan selepas melalui jalan yang tidak rata lalu terjatuh. Mujur kenderaan yang melalui jalan tersebut sempat mengelak daripada menggilis pemandu motorsikal berkenaan.

Video yang berdurasi selama 30 saat itu telah mendapat menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak lebih 50 ribu tontonan daripada warganet di Facebook.

Orang ramai yang dinasihati supaya berhati-hati ketika menggunakan jalan raya kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku walaupun sentiasa berwaspada.

sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa