Siakap Keli

10 Exco Melaka Angkat Sumpah Jawatan Di Hadapan Yang Dipertua Negeri

MELAKA, 13 Mac (Bernama) — Barisan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Turut hadir pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia itu ialah Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali dan isteri Datin Munira Yusof.

Majlis bermula 3 petang itu dimulai dengan nyanyian lagu kebangsaan ‘Negaraku’, diikuti dengan lagu negeri ‘Melaka Maju Jaya’.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Seri Hasim Hasan, Penasihat Undang-Undang negeri Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas, serta dua bekas Ketua Menteri iaitu Tan Sri Mohd Ali Rustam dan Datuk Seri Idris Haron.

Kesemua 10 exco itu melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia serta kerahsiaan sebelum menandatangani surat angkat sumpah di hadapan Mohd Khalil.

Sumber: Bernama

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa