Siakap Keli
Gambar: Bangkok Post

11 Rakyat Thailand Disahkan Positif COVID-19, Dipercayai Kongsi Rokok Dan Minuman

Thailand mempunyai 11 lagi pesakit yang dijangkiti dengan koronavirus, kesemua pesakit dilaporkan sekumpulan rakan yang keluar minum bersama walaupun ada yang sakit, lapor Bangkok Post semalam.

Kementerian Kesihatan Awam berkata bahawa pesakit baru dijumpai dijangkiti dalam kelompok untuk kali pertama sejak Covid-19 melanda negara.

Laporan terbaru memperlihatkan jumlah pesakit setempat meningkat kepada 70 orang.

34 orang telah dikeluarkan dan 24 lagi masih berada di hospital, salah seorang daripada mereka dalam keadaan serius di Bamrasnaradura Institut Penyakit Berjangkit.

Menurut kementerian itu, kesemua 11 pesakit baru adalah rakyat Thailand, lima daripada mereka merupakan lelaki yang berusia 25 hingga 38 tahun. Mereka adalah antara sekumpulan 15 orang yang keluar bersama pada bulan lepas. Empat daripada mereka diuji negatif.

Setiausaha tetap untuk kesihatan awam, Sukhum Karnchanapimai, memberitahu pemberita beberapa ahli kumpulan tersebut bertemu dengan pelawat dari Hong Kong pada 21 Februari dan mengalami demam, sakit kepala dan batuk pada 25 Februari.

Tambahnya lagi, walaupun berasa tidak sihat, mereka keluar minum dengan rakan-rakan Thailand mereka dua kali iaitu pada 27 dan 29 Februari. Mereka dikatakan minum dari gelas yang sama dan berkongsi rokok kemudian pergi ke hospital pada 4 Mac.

Empat yang tidak dijangkiti virus itu berkata mereka tidak minum atau merokok.

Kementerian itu berkata pesakit bukan super spreaders. Ujian makmal pada sampel dari kira-kira 70 ahli keluarga semuanya terbukti negatif.

Universiti Chulalongkorn menyiarkan satu mesej yang menafikan bahawa salah seorang pesakit adalah pelajar di sana.

Sumber: Bangkok Post

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa