Siakap Keli

Covid-19: 3 Lagi Pesakit Di Indonesia Meninggal Dunia

Indonesia telah mencatat tiga lagi kematian akibat wabak Covid-19, hakl ini menyebabkan angka kematian bagi negara tersebut meningkat kepada empat orang.

Menurut jurucakap Indonesia mengenai Covid-19, Achamd Yurianto berkata 35 kes disahkan positif mengikut laporan semalam, ia telah membawa kepada jumlah keseluruhan pada 12 Mac 2020 kepada 69 kes.

Mangsa yang meninggal dunia merupakan pesakit kes 35 iaitu wanita berusia 57 tahun, pesakit kes 36 juga wanita berusia 36 tahun dan pesakit kes 50 iaitu seorang lelaki berusia 58 tahun.

Menurut Presiden, pesakit-pesakit dalam keadaan kritikal dimasukkan ke Sulianti Saroso Infectious Diseases Hospital, Jakarta (RSPI) dan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Kematian pertama dicatat pada 11 Mac lalu melibatkan pesakit kes ke 245, seorang wnaita British yang bercuti di pulau peranginan popular di Bali.

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)