Siakap Keli

“Inilah Nasihatku,” Dr Zulkifli Titip Pesanan Penting Buat Jemaah Tabligh

Baru-baru ini, laman media sosial dipenuhi dengan berita mengenai peserta Ijtimak Tabligh di Masjid Petaling yang telah disahkan positif dijangkiti COVID-19.

Susulan daripada peristiwa itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyeru kepada kesemua peserta yang menghadiri program tersebut untuk menjalani pemeriksaan bagi mencegah penularan wabak yang membawa maut tersebut.

Dalam satu kiriman yang dimuatnaik di laman Facebook rasmi beliau, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri turut menyeru kepada semua peserta-peserta ini untuk menjalani pemeriksaan di hospital atau klinik kesihatan yang berdekatan dengan mereka.

Beliau menggesa kepada para peserta program itu supaya memberi kerjasama selepas menghadap Baginda Agong sebelum solat Jumaat. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsianya seperti berikut:

Inilah Nasihatku, Buat Sahabat Jema’ah Tabligh Yang Dikasihi

1. Kami rafa’kan syukur kepada-Nya atas nikmat dan kurnia yang tidak terhingga.

2. Nasihat khas ini saya tujukan kepada rakan dan ikhwah yang menghadiri Ijtima’ Tabligh di Masjid Seri Petaling pada 28 Februari – 1 Mac yang lalu.

3. Saya mengambil cakna dan amat prihatin akan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Tambahan pula, saya baru sahaja sembah menghadap Baginda sebelum solat Jumaat dan itulah yang ditekankannya.

4. Justeru, pergilah ke hospital atau klinik kesihatan yang berdekatan untuk menjalani pemeriksaan.

5. Semoga wabak COVID-19 berarak pergi dan sinar kegembiraan dengan nikmat kesihatan singgah berlabuh ke bumi Malaysia.

6. Saudaraku, saya amat sayang kepada anda semua yang sentiasa memikirkan nasib ummah.

YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Sumber: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa