Siakap Keli

Kes Pertama COVID-19 Didaftarkan Di China Pada November Bukan Disember

MOSCOW, 13 Mac — Kes pertama COVID-19 di China sebenarnya mula didaftarkan pada 17 November dan bukannya Disember seperti yang diperkatakan sebelum ini, lapor agensi berita Sputnik memetik media tempatan pada Jumaat.

Menurut akhbar South China Morning Post, pesakit pertama dijangkiti COVID-19 merupakan penduduk tempatan di pusat epidemik iaitu di wilayah Hubei.

Sembilan kes COVID-19 didaftarkan pada November, tetapi tiada seorang pun daripada pesakit yang dijangkiti itu disahkan sebagai “patient zero.”

Wabak COVID-19 yang menjejaskan lebih 110 buah negara menyebabkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkannya sebagai pandemik.

Jumlah kes disahkan di seluruh dunia melebihi 128,000, dengan angka kematian 4,720 orang dan pesakit pulih melebihi 68,000.

Dalam tempoh 24 jam lalu, China mendaftarkan lapan kes terbaru.

Sumber: BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.