Selepas mengadakan mesyuarat bersama pemegang saham hari ini, Liga Perdana Inggeris ditunda sehingga bulan April, namun bergantung kepada nasihat medikal dan keadaan ketika itu.
Ketua Eksekutif Liga Perdana, Richard masters berkata, “kami berharap Mikel Arteta (Pengurus Arsenal), dan Callum Hudson Udoi (Pemain Chelsea) yang disahkan positif Covid-19 pulih dengan segera.
“Dalam situasi ketika ini, kami bekerjasam bersama kelab, kerajaan, Persatuan Bolasepak England dan EFL untuk memastikan kebajikan dan kesihatan pemain, kakitangan dan penyokong menjadi keutamaan,” tambah Richard lagi.
Walaupun begitu, Liga Perdana akan dijadualkan semula termasuk liga akademi ketika keadaan sudah selamat untuk berbuat demikian. Dalam persekitaran yang bergerak pantas ini, kemaskini terbaru akan diberitahu kelak jika perlu
Sumber: Premier League