Siakap Keli
Kredit: Google/YB Dr Izani Husin

Pemergian Mulia, Tokoh Penulis Kelantan, Ustaz Abdullah Al Qari Meninggal Dunia Ketika Pulang Solat Subuh

Tokoh penulis Kelantan, Ustaz Abdullah Al-Qari Haji Salleh, 83 disahkan meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya semalam.

Beliau disahkan terkorban dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di hadapan istana negeri Kota Bharu ketika dalam perjalanan pulang dari solat Subuh di masjid.

Allahyarham Abdullah Al-Qari telah menerima anugerah Tokoh Maulidur Rasul 2005 dan anugerah Tokoh Sunnah Nusantara pada tahun yang sama.

Beliau yang terkenal sebagai tokoh mufassir tematik di Malaysia telah menghasilkan karya-karya dan buku keagamaan yang berunsurkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Menurut perkongsian saudara Hishamuddin Ahmad Zaki, beliau mula mempelajari dan mengkaji Islam serta menulis buku-buku agama seawal usia 15 tahun lagi.

Allahyarham telah menuntut di Universiti Malaya dan berjaya meraih anugerah Mahasiswa Terbaik serta memperoleh Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian.

Sumber: Hishamuddin Ahmad Zaki

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.