Pengurus pasukan gergasi bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), Mikel Arteta telah disahkan positif dijangkiti koronavirus, tulis satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh kelab Arsenal.
Kesemua skuad kesebelasan utama Arsenal dan sesiapa sahaja yang pernah melakukan kontak rapat dengan Arteta telah diperintahkan untuk mengkuarantinkan diri mereka.
Berikutan dengan itu, perlawanan di antara Arsenal dan Brighton yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini telah ditangguhkan.
Arsenal dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan berkata: “Pusat latihan kami telah ditutup selepas ketua jurulatih Mikel Arteta disahkan dijangkiti virus Covid-19 sebentar tadi.
Kakitangan Arsenal yang mempunyai kontak rapat dengan Mikel Arteta kini diarahkan mengkuarantinkan diri mereka sejajar dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.
“Ianya adalah sangat jelas bahawa kami tidak dapat bermain dalam perlawanan yang telah dijadualkan dalam liga.
“Kami akan melaporkan maklumat lanjut kepada penyokong yang telah membeli tiket pada perlawanan yang akan datang secepat mungkin”.
Pengurusan Liga Perdana Inggeris (EPL) akan mengadakan satu mesyuarat tergempar pada pagi Jumaat mengenai perlawanan akan datang.
The Premier League will convene an emergency club meeting tomorrow morning regarding fixtures after Mikel Arteta tested positive for COVID-19
Statement: https://t.co/ofi5DhIQZM pic.twitter.com/RmnxRHXooz
— Premier League (@premierleague) March 12, 2020
Arsenal menyatakan bahawa mereka kini sedang berusaha bagi mengesan orang lain yang pernah mempunyai kontak rapat dengan Arteta.
Sumber: Arsenal