Siakap Keli
Foto: Natipah Abu

Sayu Lihat Abang Autism Nak Lihat Jenazah Adik Kesayangan Buat Kali Terakhir

Semua orang mengimpikan kehidupan yang sempurna. Kehilangan orang yang mereka sayang sememangnya tidak mudah. Kita semua tahu bahawa semua orang akan diuji oleh Tuhan. Cuma cara diuji itu mungkin berlainan.

Apa yang kita rasa tidak sama dengan kehidupan seorang anak autism ini yang diuji dengan kematian adik tercinta. Dijaga oleh nenek yang uzur membuatkan hati pembaca dijentik sebak.

Kisah menarik ini dikongsikan oleh Natipah Abu mengenai kehidupan anak autisme ini yang dibesarkan oleh seorang wanita tua yang bernama nenek sejak bergelar anak yatim.

“Abang ini anak Syurga…”

Ini Abang.. umur Abang 25 tahun. Bilik khas Abang tak ada kipas atau pun sebarang perabut seperti bilik khas anak syurga lain yangg selalu kita dengar di luar sana.

Bilik khas Abang cuma ada sebuah pangkin dan lubang tandas semata. Berjaringkan dawai yang selalu digunakan untuk membuat pagar, di sanalah Abang seharian dari pagi sampai malam.

Melihat orang yang lalu lalang sambil berbual sendiri dalam bahasa yang tidak difahami sesiapa pun. Yang pasti, Abang kelihatan bahagia hidup dalam dunianya sendiri.

Kasih sayang seorang nenek..

Abang anak autisme itu.. yatim piatu. Ibu dan ayah telah lama meninggal. Abang dijaga oleh nenek yang telah tua. Makan disuapkan nenek.. Abang pernah dihantar ke PDK ketika ada hayat arwah emak.. tetapi Abang tak sesuai berada di sana.

Kasih seorang nenek … bila malam, Abang akan tidur bersama nenek. Sungguh pun Abang begitu .. tak pernah sekali pun Abang jentik nenek. Jauh sekali cederakan nenek.

Abang terpaksa dikurung begitu kerana sudah beberapa kali Abang lolos dari rumah sebelum ini. Tidak terkejar kudrat orang dewasa andainya itu yang terjadi. Sebab itulah semua pintu dan tingkap rumah ini terpaksa dirantai dgn rantai besi dan dimanggakan. Bimbang sungguh jika Abang hilang lagi.

Menjaga Abang tidaklah susah kerana Abang tiada keperluan khas yang lain. Abang makan dan minum seperti orang dewasa. Abang juga jarang sakit.

Cuma … sejak kebelakangan ini, Abang tidak dapat tidur malam .. Abang riuh “ bersembang “ seorang diri sampai ke pagi. Abang juga tidak lalu makan. Bila nenek suapkan nasi, Abang enggan pun peduli.

“Patutlah dia macam ni .. rupanya dia tau , adik dia nak pi tinggal dia agaknya …

Luah nenek sayu . Semalam, Abang dipakaikan baju dan seluar yang cantik. Tangan Abang digenggam kemas. Abang dibawa keluar dari bilik yang menjadi dunianya selama ini untuk bertemu Adik.

Abang diizinkan menatap wajah adik buat kali terakhir. Di sisi jenazah adik.. Abang terkebil-kebil. Abang senyum tak putus.. Abang cuba nak panjat dan duduk atas katil di sisi adik.

Tetapi orang marah.. orang suruh Abang duduk bawah saja. Abang tak boleh duduk dengan adik. Abang gembira melihat ramainya orang datang rumah.

Abang dibawa masuk semula ke bilik khasnya sejurus sebelum jenazah adik perempuannya yang comel dan berusia 9 tahun itu dibawa ke tanah perkuburan. Berlarianlah adik di taman syurga dengan riang gembiranya tanpa kesakitan lagi..

# RM1K telah kita sumbangkan buat Abang dan keluarga.
# Terima kasih semua penyumbang.

 

Sumber: Natipah Abu

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)