Siakap Keli

Seorang Bintang Chelsea Disahkan Positif Covid-19

Pemain sayap Chelsea yang juga bintang muda dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Callum Hudson Odoi disahkan positif Covid-19, dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh kelab tersebut sebentar tadi.

Dalam kenyataan yang sama, Chelsea juga mengarahkan semua pemain dan staf kejurulatihan yang menjadi kontak rapat kepada bintang tersebut untuk dikuarantin. Ini termasuklah semua pemain skuad utama, barisan kejurulatihan serta anggota pengurusan dalaman.

Callum Hudson Odoi

Manakala individu-individu yang disahkan tidak menjadi kontak rapat kepada pemain berkenaan akan kembali bertugas tidak lama lagi.

Chelsea turut memaklumkan beberapa komplek sukan yang berkaitan turut ditutup untuk tujuan pembersihan.

Kelab juga berkata, mereka mengambil langkah segera dalam menguruskan kes Covid-19 mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Sumber: Chelsea Fc

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.