Siakap Keli

TERKINI: Semua Pertandingan Anjuran FAM & MFL Akan Ditangguhkan

Presiden FAM & MFL mengumumkan bahawa kesemua pertandingan anjuran FAM & MFL akan ditangguhkan ke satu tarikh baharu yang akan ditetapkan.

Dalam satu sidang media yang dilakukan sebentar tadi, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin menyatakan bahawa pertandingan Shopee Piala FA Malaysia dan Piala Presiden 2020 akan ditangguhkan berkuatkuasa pada Isnin, 16 Mac 2020.

“Keputusan yang diambil ini adalah untuk kebaikan semua pemain-pemain, pegawai pasukan dan juga semua para penyokong”, katanya.

Berikutan dengan penularan wabak Covid-19, perlawanan CIMB Liga Super, Liga Premier, M3, M4, Piala Belia dan MPFL 2020 yang telah dijadualkan pada Jumaat, Sabtu dan ahad ini juga turut dimaklumkan akan dilangsungkan tanpa penonton.

FAM dan MFL telah membuat keputusan selepas hasil perbincangan yang dilakukan bersama bersama rakan kongsi dan pihak penaja susulan daripada isu Covid-19.

Sumber: FAM

 

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa