Siakap Keli
Kredit: Bernama TV

(Video) Covid-19: Ada Yang Sembunyikan Sejarah Perjalanan, Sehingga Menjadi Terlalu Lambat- Menteri Luar

Putrajaya, 13 Mac – Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ada antara rakyat Malaysia di luar negara yang menyembunyikan sejarah perjalanan mereka, katanya ketika sidang media Wisma Putra sebentar tadi.

Ketika ditanya mengenai usaha kementerian untuk memantau rakyat Malaysia yang masih berada di luar negara dari wabak COVID-19, beliau berkata pihak kedutaan sentiasa bersedia untuk membantu mereka, namun pihak yang terlibat turut perlu berusaha bertindak.

“Rakyat Malaysia perlu bertanggungjawab untuk memberi maklum kedutaan kami tentang keberadaan mereka dan jujur tentang di mana mereka telah pergi.

“Ini yang menjadi masalahnya, kadang-kadang mereka tidak memberitahu dan menyembunyikan perjalanan mereka sehingga terlalu lambat,” katanya.

Tambahnya, Wisma Putra turut menjalankan kerjasama bilateral dengan beberapa negara luar untuk memantau rakyat Malaysia yang berada di luar negara.

Seramai 380 sahaja rakyat Malaysia di Itali yang berdaftar dengan Wisma Putra berbanding 14,929 di China dam 23,179 di Amerika Syarikat, katanya.

Susulan itu, beliau menggesa semua rakyat Malaysia di luar negara agar segera berdaftar dengan kedutaan.

Sumber: Bernama TV

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.