Siakap Keli

Covid-19: WHO Minta Jokowi Isytihar Darurat Di Indonesia

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus meminta Presiden Indonesia, Joko Widodo untuk mengistiharkan darurat di atas penularan koronavirus yang yang telah mencapai tahap pandemik.

Difahamkan, permintaan WHO itu telah disampaikan melalui surat yang dikirimkan kepada Joko Widodo.

”Kami mengesyorkan beberapa perkara penting bagi menghalang penularan virus secara meluas.

”Salah satunya adalah melalui tindak balas kecemasan termasuk pengistiharan darurat negara,’‘ kata beliau dalam surat yang diterima CNNIndonesia.com pada Jumaat (13/3).

Menurut CNN,  WHO memberi cadangan kepada setiap negara, terutama pada negara yang memiliki populasi besar dengan kapasiti yang berbeza dan sistem kesihatan di dalam negeri.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri (Kemenlu) Teuku Faizasyah berkata,  pihaknya masih belum menerima surat tersebut secara langsung.

“Tapi dari surat yang saya baca, yang diperolehi dari teman-teman media, cadangan bersifat umum yang diberikan WHO ke semua negara yang punya local transmission,” ujarnya kepada CNNIndonesia.com.

Teuku menegaskan surat tersebut hanya bersifat cadangan, jadi bermakna status darurat negara tidak dikeluarkan secara automatik.

Sumber: CNN Indonesia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)