Siakap Keli
Kredit: Google

Nak Makan Sedap Tapi Risau Berat Badan Naik? Ini 6 Teknik Masakan Sihat Dan Lazat Yang Semua Orang Boleh Buat

Sakit jantung tak mengenal siapa. Baik atlet, orang muda ataupun orang tua, semuanya berpotensi terkena serangan jantung.

Menurut laman World Life Expectancy, sebanyak 22 peratus kematian di Malaysia adalah berkait dengan penyakit jantung yang mana salah satu penyumbang masalah ini ialah pemakanan yang tidak seimbang.

Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia merupakan negara ‘paling obes’ di Asia Tenggara dengan seramai 7.1 peratus kanak-kanak di bawah usia 5 tahun mengalami masalah lebih berat badan.

Bayangkan anak-anak kita diancam obesiti pada usia semuda itu. Besar risikonya nanti bila meningkat dewasa. Jadi sebagai ibu yang mahukan yang terbaik untuk keluarga, apa kata kita mulakan dengan pemakanan sihat?

Makan sedap tapi sihat

Teknik penyediaan makanan yang salah boleh menyebabkan nutrisi berkurang. Misalnya, sebahagian vitamin B dan C dalam kentang yang direbus akan larut di dalam air, membuatkan kita mendapat kurang nutrisi dari kentang tersebut melainkan kita turut menggunakan air rebusan itu (Better Health, n.d)

Nak sediakan makanan sihat ni mudah je kalau kita tahu caranya. Cuma masa dan kerajinan sahaja yang selalu jadi kekangan.

Tapi jangan risau, dengan Ketuhar Panasonic Big Cubie (NU-SC300BMPQ), kerja anda akan jadi berkali ganda lebih mudah. Anda boleh masak pelbagai jenis makanan sihat yang lazat dengan 6 cara efisien dan mudah buat keluarga tersayang.

1. Stim

Dengan stim atau kukus, makanan akan jadi lebih sihat kerana ia mengekalkan rasa asli bahan masakan serta nutrisi makanan. Bahkan, serat sayuran pun akan lebih mudah dicerna jika dimasak dengan cara ini.

Anda boleh programkan stim ketuhar Big Cubie menggunakan suhu rendah (80°C), sederhana (100°C) atau perlahan (90°C), bergantung kepada jenis masakan yang anda ingin hasilkan.

2. Superheated steam (stim sihat)

Bukan sekadar stim, ketuhar Big Cubie Oven dilengkapi teknologi superheated steam yang bersuhu melebihi 100°C untuk memasak makanan anda dalam masa yang lebih cepat berbanding biasa.

Teknologi superheated steam ini akan membuatkan makanan anda rangup di luar dan lembut berjus di dalam.

Ia juga berkesan menyingkirkan lebihan minyak untuk setiap hidangan lazat yang menyihatkan. Anda juga boleh memilih tiga tahap suhu iaitu 120°C, 150°C dan 190°C.

3. Gril dan bakar

Selain membakar doh pastri, anda juga boleh gunakan ketuhar serba guna ini untuk membakar ayam, ikan ataupun menggril daging ataupun sayuran.

Sayuran yang digril dipercayai boleh mengekalkan kandungan vitamin dan mineral melalui teknik ini.

Secara umumnya, masakan yang dibakar atau digril mempunyai lemak yang lebih rendah. Hal ini kerana teknik masakan ini membantu mengeluarkan lemak semulajadi dari makanan, justeru meminimumkan penggunaan minyak ketika proses memasak.

Selain itu, teknik ini juga dipercayai dapat mengelakkan kehilangan vitamin C dalam jumlah yang banyak (Healthline, 2017).

Gambar hiasan. (Kredit: New York Post)

Untuk mudahkan kerja anda, gunakan sahaja ketuhar Big Cubie. Anda boleh gril di dalam rumah tanpa perlu risau asap berkepul-kepul memenuhi ruang rumah.

4. Gorengan sihat

Bila kita sebut pasal makanan bergoreng, mesti ramai terbayang makanan berminyak yang tidak sihat. Namun, makanan jenis ini juga boleh diolah menjadi makanan sihat dengan mengurangkan kadar penggunaan minyak.

Dengan gorengan sihat ketuhar Big Cubie, anda hanya perlukan sedikit atau pun langsung tidak menggunakan minyak ketika menggoreng. Bolehlah masakkan ayam goreng Korea, popcorn atau nugget rangup lepasni! Tak perlu serba salah fikirkan diet.

5. Stu

Jika anda mahukan semangkuk hidangan yang penuh khasiat, stu adalah jawapannya. Menurut pakar diet merangkap pengarah Healing Food Program di Pusat Kanser Moores, Christine Zoumas, beberapa vitamin larut air yang hilang ketika proses memasak boleh dikekalkan dengan teknik stu.

Makanan yang dimasak dengan cara ini juga lebih menjimatkan kerana anda bebas memilih bahan untuk dimasak mengikut kreativiti dan keperluan kalori anda.

6. Fermentasi/penapaian

Fermentasi ialah proses memecahkan karbohidrat seperti kanji dan gula oleh bakteria serta yis. Teknik ini membantu mengawet makanan seperti tempe, yogurt, kimchi dan kefir.

Menurut Healthline, makanan jenis ini membantu merendahkan risiko penyakit jantung di samping membantu penghadaman, meningkatkan imuniti dan mengurangkan berat badan.

Anda juga boleh membantu proses penapaian doh pastri anda pada suhu yang tepat menggunakan ketuhar Big Cubie ini.

https://www.youtube.com/watch?v=RYIbHucCKr8

Dengan rekaan yang premium dan elegan, ketuhar Big Cubie ini diperbuat daripada keluli tahan karat dan dilengkapi panel sentuhan elektrostatik. Canggih, kan? Mesti tak sabar nak guna dan semangat bila nak masak untuk keluarga tersayang.

Bukan tu je, oven bersaiz 30L ni boleh bantu anda masak hidangan dalam jumlah yang banyak. Tak perlu pening kepala memasak dua tiga kali untuk satu hidangan bila tetamu datang rumah.

Mak-mak boleh buat pelbagai jenis masakan dari yogurt, roti, stu, stik, ayam goreng hinggalah siakap stim. Berbagai-bagai jenis makanan boleh dibuat hanya dengan sebuah oven.

Kering idea nak masak? Anda boleh rujuk buku masakan Panasonic ni. Gerenti meleleh air liur nak cuba semua resipi dalam tu. Anak-anak pun confirm suka.

Selain itu, dengan setiap pembelian Ketuhar Panasonic Big Cubie ini, anda boleh dapatkan 1 Thermocafe 2 tier Eco Lunch Box dan 1 buku resipi edisi terhad secara percuma.

Ketuhar Big Cubie ni dijual pada harga RM2,799. Harga yang berbaloi untuk menyediakan pelbagai makanan sihat setiap hari dengan lebih efisien buat keluarga. Untuk maklumat lanjut mengenai Ketuhar Panasonic Big Cubie (NU-SC300BMPQ) ini, anda boleh layari laman web rasmi mereka di sini.

Jom sihat setiap hari dengan ketuhar Big Cubie.

Oh ya, nak sihat ni bukan sahaja dengan teknik masakan. Kita perlu jaga juga cara pemakanan. Pastikan cukup 1/4 karbohidrat, 1/4 protein dan 1/2 serat dalam setiap hidangan. Dan, jangan lupa kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman.



Amira

Love yourself.