Siakap Keli
Gambar: Tuan Rafa Azlan

“Sekeping Hati Umi Sebagai Teman,” Perginya Adik Raisha Bawa Hati Ibu Bersama

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pemergian orang tersayang sudah semestinya memberikan kesan mendalam terutamanya ahli keluarga yang terdekat. Walaupun pelbagai usaha dilakukan, namun sekiranya Allah SWT telah menetapkan ajal seseorang itu, kita seharusnya menerimanya dengan tabah.

Kisah adik Tuan Nur Raisha Mikayla Binti Tuan Muhammad Shahrul Azlan yang menghidap Biliary Atresia iaitu penyakit hati kronik pernah dikongsikan sebelum ini. Setelah mendapat sumbangan ramai, arwah adik Raisha  berjaya menjalani pembedahan pemindahan hati di sebuah hospital di India.

Pun begitu, pada hari keenam berada di hospital tersebut, arwah adik Raisha terpaksa sekali lagi ditolak ke bilik bedah untuk membaiki saluran hati. Arwah menghembuskan nafas terakhir pada 13 Mac 2020.

Ikuti nukilan yang telah dikongsi oleh bapa arwah adik Raisha menerusi laman Facebooknya, Tuan Rafa Azlan.

Permergian si pejuang hati kami bersama sekeping hati umi sebagai peneman mu disana…

Semalam adalah hari yang begitu getir dalam hidup kami setiap saat kami habis kan masa bersama adik, adik tak sedarkan diri dari pukul 5 pagi smpai lah pukul 10.18 mlam, suasana menjadi cemas bila Dr datang masuk bilik beramai ramai seakan ada sesuatu yang berlaku Dr bagi tahu adik dah nazak adik meronta terus papa peluk adik dan papa alunkan syahadah di telinga adik time tu terus adik kaku dalam dakapan papa… Ya betul dari pandangan kasar semua orang adik telah pergi buat selama lamanya tapi sebanarnya tidak adik tidak pernah tinggalkan kami adik ada bersama kami papa yakin sayang kerana kamu anak yang baik, mana mungkin kamu sanggup perlakukan papa dan umi sedemikian, kamu seorang anak yang sangat ceria setiap pagi papa buka mata mesti adik orng pertama yang akan ukirkan senyuman.. kelahiran kamu begitu bermakna buat papa bila mana tarikh lahir kamu dan papa sama pada 4 jun, papa tak akan pernah melupakan tarikh ini sayang..

Gambar: Tuan Rafa Azlan


Harini adik penat adik nak tidur, tidur lah sayang papa tau adik penat, penat nak lawan semua kesakitan adik, damai lah sayang bersama kawan kawan sepejuangan kamu.. Selalu lah hadir dalam dakapan umi dan papa di saat kami merindui kamu.. Ya betul jari dan mulut ini mengatakan kami redho tapi hati ini begitu sukar untuk menerima apa yang berlaku, ianya bagaikan mimpi yang panjang, bawalah hati umi bersama agar ianya mengubati rasa rindu yang abadi di sana… Papa dan umi halal kan setiap titik air susu dan keringat peluh selama menjaga kamu.. Kita datang berempat kita pulang berempat papa tak akan tinggal sesiapun, papa akan ushakan sayang… Tenanglah kamu di sana Tuan Nur Raisha Mikayla Binti Tuan Muhammad Shahrul Azlan ( 4 Jun 19 – 13 March 20 )

In shaa allah kami akan bawa Jenazah pulang ke Malaysia paling awal malam ni atau pun selewatnya pagi esk…

Sumber: Tuan Rafa Azlan

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa