Siakap Keli

(Video)’Rider’ Melambung Tinggi, Dirempuh Kereta Lepas Keluar Simpang Tiga

Kemalangan jalan raya sememangnya suatu perkara yang pastinya hendak dielakkan. Mana tidaknya, kemalangan boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan, kecederaan, trauma malah boleh meragut nyawa.

Menerusi satu rakaman yang berlegar di media sosial, satu kejadian kemalangan melibatkan sebuah kereta dan seorang penunggang motosikal telah dilaporkan berlaku di Kuala Terengganu.

Kejadian tersebut terjadi selepas sebuah motosikal keluar daripada satu simpang tiga. Sebuah kereta yang datang dari arah hadapan tidak sempat untuk memberhentikan kenderaan lalu merempuh motor tersebut.

Rempuhan tersebut telah menyebabkan penunggang motosikal itu melambung ke udara dan terpelanting ke arah kereta yang sedang merakam sebelum jatuh ke atas jalan.

Tiada maklumat lanjut berkenaan keadaan penunggang motorsikal itu.

Video yang berdurasi selama 1.02 minit itu telah menjadi tular di laman sosial Facebook. Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 100 ribu tontonan daripada warganet.

Orang ramai yang menggunakan jalan raya dinasihatkan supaya memandu secara berhati-hati bagi mengelakkan terlibat daripada sebarang kemalangan.

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa