Siakap Keli
Gambar Hiasan: Daily Mail

Bayi Baru Lahir Mangsa Covid-19 Termuda Dilaporkan Pulih Dengan Baik

Bayi yang baru lahir di London yang menjadi mangsa koronavirus paling muda di dunia dilaporkan telah pulih.

Menurut The Sun, bayi itu kini ‘keluar dari bahaya’ dan pulih dengan baik.

Adalah dipercayai bayi itu dijangkiti selepas dilahirkan dan ia diuji dalam beberapa minit selepas kelahirannya.

Gambar Hiasan

Kolej Obstetrik dan Ginekologi Diraja telah menasihatkan supaya bayi yang sihat tidak dipisahkan daripada ibu yang dijangkiti dan boleh disusui.

Pegawai telah menasihati wanita hamil dan bayi berisiko rendah daripada koronavirus dan mungkin hanya mengalami gejala ringan.

Sementara itu, warga emas yang berumur 70 tahun ke atas diarahkan untuk tinggal di dalam rumah selama empat bulan dalam usaha kerajaan untuk menamatkan krisis koronavirus.

Pengasingan warga tua walaupun mereka tidak sakit akan bermula dalam masa 20 hari akan datang apabila Boris Johnson mengetatkan usaha untuk menangani wabak UK.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa