Siakap Keli

CR7 ‘Transform’ Hotel Miliknya Jadi Hospital Untuk Perangi Covid-19 ?

Bintang pemain bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo sememangnya sangat terkenal dengan sikapnya yang sangat bermurah hati dan suka menolong di luar padang. Sifat itu dibuktikan sekali lagi olehnya apabila krisis wabak Covid-19 ini melanda dunia pada ketika ini.

Menurut sebuah akhbar Sepanyol bernama ‘Marca.com’, Ronaldo membuat keputusan untuk menukar secara sementara hotelnya yang terletak di Portugal menjadi sebuah hospital bagi turut serta dalam usaha memerangi wabak Covid-19.

Juga menurut maklumat daripada akhbar Sepanyol itu, semua kos rawatan yang dilakukan di hotel CR7 (satu di Lisbon – ibu kota Portugal – dan satu lagi terletak di Funchal – kampung halamannya) tidak akan dikenakan sebarang bayaran dan kesemua kos akan ditanggung sendiri oleh bintang Juventus tersebut.

Hotel di Lisbon

Hotel di Funchal

Dalam satu Tweet yang dimuat naik oleh sebuah akaun Twitter pula mendakwa bahawa gaji para doktor dan jururawat yang akan bertugas di hotelnya itu juga akan dibiaya olehnya.

Walau bagaimanapun, menerusi portal online Insider, seorang wakil dari hotel yang dimiliki Ronaldo itu menangkis dakwaan yang dibuat oleh akhbar sukan Sepanyol itu.

“Kami adalah sebuah hotel, kami tidak akan bertukar menjadi hospital. Kami beroperasi seperti biasa dan akan kekal sebagai sebuah hotel. Banyak media telah menghubungi kami untuk menyatakan terima kasih,” ujarnya.

Akhbar sukan Sepanyol itu juga dilaporkan telah memadam semua cerita berkaitan hal ini di kesemua akaun sosial medianya.

Sumber: Marca/Insider

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.