Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

“Mak Tak Ingat Sangat Anak Kau,” Wanita Terkilan Ibu ‘Pilih Kasih’ Waktu Layan Cucu

Kanak-kanak sememangnya merupakan penyeri dalam keluarga serta kehidupan seharian kita. Apa tidaknya, tanpa ketiadaan mereka di sekeliling kita, sesebuah rumah itu pasti akan menjadi sunyi.

Kita juga pastinya akan merindui kekecohan serta telatah comel daripada mereka. Bagi golongan ibu bapa yang mempunyai ramai anak, tidak akan ada isu dimana seseorang anak itu dilayan dengan lebih. Ini kerana setiap anak yang dikurniakan kepada kita adalah tanggungjawab kita. Justeru, setiap anak itu akan mendapat kasih sayang secara sama rata.

Dalam satu perkongsian yang dikongsi menerusi akaun Facebook Kisah Rumah Tangga, wanita ini mendedahkan bahawa ibunya yang juga nenek kepada anak-anaknya ‘memilih kasih’ dalam melayan anaknya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Ada tak mak-mak korang pilih cucu yang dia sayang je?

Aku ni ada 3 adik beradik perempuan, 2 lelaki. Mak aku tak pernah dukung anak-anak aku. Jauh la sekali nak sayang. Tapi anak kakak, anak adik aku, anak abang, mak tatang macam minyak yang penuh.

Dia punya sayang tu sampai dalam group family, adik aku post gambar anak dia, mak aku cakap ni la pengubat rindu dia.

Bila kadang-kadang aku post gambar anak aku kat status atau group, mak aku tak pernah respon. Ada sekali aku whatsapp dia guna voice. Anak-anak aku panggil ‘nek nenek’. Aku cukup-cukup terasa. Terus terang dia kata ’emak memang tak berapa ingat sangat anak-anak kau’. Aku masih simpan voice dia tu. Aku ulang-ulang nak dengar dan nak faham. Apa dia maksud kan tu.

Kalau balik raya. Anak adik aku 8 bulan kot semangat badan dia. Mak aku dukung, peluk. Punya la sayang. Padahal tangan mak aku sakit tu, larat dia dukung ek. Anak-anak aku mak tak pernah panggil pun nama. Dukung jauh la sekali. Sedih kadang-kadang aku tengok.

Terkejar-kejar anak aku nak naik motor atok dia. Tapi tak dapat. Penuh dengan anak kakak dengan anak adik. Kalau aku post gambar masakan aku dalam status, mak aku macam tak suka. Macam geli, dia buat gambar kartun muntah. Jarang sekali aku masak kat rumah mak.

Sejenis mak aku ni. Dia je perfect. Yang boleh masak kat rumah dia tu along dan adik je. Yang lain-lain masak memang dia tak terima. Aku pun taktahu la. Mak aku ni, potong sayur salah pun sanggup dia buang, sayur lodeh nak masak raya kalau salah potong pun jadi isu.

Ermmm kadang sedih aku time nak balik kampung ajak suami. Perangai mak aku buat aku segan dengan suami. Dah tua dah bukan muda lagi.

Sudah-sudah la jadi ibu dan nenek yang pilih kasih. Yela anak-anak saya hitam, kering. Anak kakak, anak adik, anak abang putih-putih, pandai, bijak, gebu.

Sumber: Kisah Rumah Tangga

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa