Siakap Keli

(Video) Seram, Entiti Seakan Manusia Lintas Jalan Sambil Menembusi Kenderaan

Pasti ramai di antara kita yang pernah mempunyai pengalaman mistik. Walaupun keadaan itu sukar dipercayai, namun apa yang dilihat pastinya boleh menganggu fikiran seseorang.

Perkara sebegini telah dilaporkan beberapa kali di media sosial. Bahkan, ianya telah menimbulkan ketakutan dalam diri yang melihatnya.

Menerusi perkongsian di Twitter The Sun, satu video yang memaparkan kejadian mistik ini telah tular dan mungkin tidak boleh diterima akal.

Video yang berdurasi selama 1.02 minit ini memaparkan kelibat sosok seperti manusia yang sedang melintasi jalan. Yang peliknya, entiti ini dilihat melintasi satu jalan yang sibuk dan menembusi kenderaan yang melalui jalan tersebut.

Kejadian yang didakwa berlaku di Filipina itu pastinya akan menimbulkan persoalan yang sukar untuk dijelaskan serta sedikit sebanyak dapat mendirikan bulu roma kita. Walau apa pun, sebagai umat Islam kita perlu percaya bahawa segala apa yang terjadi adalah tanda kekuasaan Allah SWT.

Sumber: The Sun

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa