Siakap Keli

Atlet Negara, Jackie Wong Sah Positif Covid-19, Fasiliti MSN & ISN Terpilih Ditutup

Menerusia akhbar media yang dikeluarkan oleh Kementeran Belia dan Sukan yang melaporkan seorang atlet negara disahkan positif Covid-19 yang dipercayai dijangkiti oleh ayahnya juga positif Covid-19.

Justeru itu, sebagai langkat keselamatan dan kesihatan para atlet yang lain, YB Dato Sri Reezal Merican mengumumkan penutupan fasiliti MSN dan ISN yang dikunjungi oleh atlet tersebut ditutup buat sementara waktu. Tujuan penutupan tempat tersebut untuk proses pembasmian dan sanitasi yang sepenuhnya.

Proses tersebut mengambil tempoh tidak kurang daripada tiga hari. Oleh yang demikian, para atlet, jurulatih dan pegawai yang pernah berhubung rapat dengan atlet tersebut perlulah dikuarantinkan buat sementera waktu untuk menjalani saringan screening daripada pihak KKM.

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang