Siakap Keli
Kredit: Bernama

COVID-19: Bantuan RM 600 Sebulan Untuk Pekerja Cuti Tanpa Gaji- PM

Putrajaya, 16 Mac – Pekerja yang terjejas akibat COVID-19 bakal menerima wang bantuan selama maksimum enam bulan daripada kerajaan ketika krisis.

Bantuan itu akan diberikan kepada pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji dan bergaji dibawah RM 4,000.

“Bantuan kewangan RM600 setiap bulan, maksimum selama enam bulan itu layak untuk pekerja notis tanpa gaji mulai 1 Mac 2020.

”Langkah ini melibatkan peruntukan RM120 juta kepada 33,000 pekerja yang menerima faedah ini,” kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri dalam satu sidang media pada Isnin.

Malaysia setakat ini mencatatkan sebanyak 553 kes positif COVID-19, dengan peningkatan sebanyak 125 kes setakat 12 tengah hari tadi.

Sumber: Bernama

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.