Siakap Keli
Kredit: Cinema Online

COVID-19: GSC Cinemas Umum Tutup Operasi Semua Pawagam Hingga 31 Mac

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, syarikat hiburan, GSC Cinemas mengumumkan penutupan semua premis mereka bermula 18 Mac ini.

“Berikutan pengumuman Perdana Menteri pada 10 malam 16 Mac 2020, kami akan menutup semua pawagam kami buat sementara waktu dan membatalkan semua acara dan tayangan dari 18 Mac hingga 31 Mac 2020,” tulis syarikat berkenaan.

“Tindakan ini selari dengan langkah berjaga-jaga kerajaan untuk membendung penularan virus COVID-19 dan menjaga kesihatan komuniti kita.

“Pelanggan yang telah membeli tiket untuk tayangan akan menerima kembali wang pembelian. Pembelian secara atas talian akan dikembalikan secara automatik dalam tempoh 14 hari waktu bekerja manakala mereka yang membeli melalui kiosk Box Office atau e-tiket boleh menuntut bayaran balik setelah perintah berakhir.”

Sumber: GSC Cinema

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.