Penularan Covid-19 di negara ini semakin parah apabila Malaysia merekodkan kes jangkitan tertinggi di Asia Tenggara selepas mencatatkan 428 kes melalui pertambahan 190 kes baharu pada 15 Mac lalu.
Oleh itu rakyat dinasihatkan untuk berwaspada dengan mengambil pelbagai langkah seperti mencuci tangan dengan betul dan menghindari tempat atau perhimpunan awam agar tidak dijangkiti.
Tampil menceritakan pengalaman sebagai salah seoarang pesakit Covid-19, Hamdan Hashmuddin melalui laman facebook berkongsi kisah bagaimana dia dijangkiti melalui bapanya dan menunjukkan simptom seperti demam, kesukaran bernafas dan batuk kering yang teruk.
Dia yang masih belum sembuh juga berkata, ibu bapanya yang juga positif jangkitan dan sedang mendapatkan rawatan, sebaliknya tidak menunjukkan apa-apa simptom Covid-19.
Lupa mentioned pulak duk dalam hospital lama-lama sebab apa tadi.. Ya saya salah seorang yang terkena jangkitan Covid19.
Ditempatkan di satu wad khas yang biliknya juga asing dari yang lainnya. Wad sama untuk pesakit TB
Bagaimana saya boleh terkena jangkitan ini?
Saya terkena jangkitan dari ayah saya yang mendapat jangkitan dari satu mesyuarat bersama glc.
Kedua ibu dan ayah saya juga telah dijangkiti covid 19. Namun mereka tidak mempunyai simptom sakit covid 19. Berbeza pula untuk saya, saya mengalami semua simptom yang berkaitan.
Please jangan panik bukan semua demam selesema or batuk tu covid-19. Ini pengalaman saya sendiri..
Bila tarik nafas rasa tak boleh tarik dalam dan akan mula terbatuk. Ya means that paru-paru dah kena jangkitan. Batuk juga kering tidak berkahak.
Saya demam teruk semasa menunggu keputusan swab tekak dan hidung.. apabila mendapat keputusan yang saya positif saya terus dibawa dengan ambulans ke hospital dan dirawat sehingga ke hari ini.
Sehingga hari ini parents saya masih positif namun tiada apa-apa sakit. So one might get infected or positive covid19 but takde sakit apa-apa pun.. While ada yang kena lalui seperti saya..shortness of breath and batuk yang sangat perit.
To all of my friends do take care of your family member. Keep yourself sanitize and stay indoors preferably at this moment.
Sumber: Hamdan Hashmuddin