Siakap Keli

Tiga Kematian Covid-19, Lubnan Umum Darurat Dua Minggu

Lubnan memerintahkan semua rakyatnya untuk berada di rumah selama dua minggu bagi menghalang penyebaran Covid-19 berikutan virus itu telah membunuh tiga mangsa dan menyebabkan 100 lagi dijangkiti.

”Rakyat diwajibkan untuk berada di rumah masing-masing kecuali terdapat ‘keperluan melampau’, lapangan terbang, sempadan dan pelabuhan ditutup mulai Ahad (15 Mac 2020) sehingga Ahad (29 Mac 2020),” kata Menteri Penerangan, Manal Abdul Samad di Beirut.

Selain itu, kerajaan turut mengharamkan perhimpunan awam dan persendirian, pejabat kerajaan ditutup kecuali keselamatan, kesihatan dan perkhidmatan, menurut Abul Samad.

Semua syarikat komersial swasta kecuali yang berkaitan dengan pengeluaran makanan juga diarahkan untuk ditutup, kata menteri itu.

Sumber: gulfnews, CNN

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.