Orang ramai dilihat memenuhi perkarangan beberapa balai polis dipercayai untuk mendapatkan dokumen perjalanan untuk melakukan perjalanan ke luar negeri.
Hal ini susulan arahan Ketua Polis Negara yang menggesa orang ramai agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan serta memaklumkan perjalanan merentasi negeri kepada ketua polis di balai berhampiran.
Beberapa keping gambar yang dikongsikan di media sosial menunjukkan orang ramai mula berkumpul di balai antaranya dipercayai di Balai Polis Shah Alam, Tangjung Malim, Sungai Besi dan Serdang bagi mendapatkan borang kebenaran rentas negeri.
Sekitar beberapa Balai Polis malam ini.
Balai Polis Cyberjaya ramai tak orang?
Kredit: Hishamuddin Ahmad Zaki pic.twitter.com/YSzu1z5qhA
— Cyberjaya Info (@Twt_Cyberjaya) March 17, 2020
People queuing up at IPD Sepang to get permission to travel interstate… 🤔 it becomes a mass gathering 🤨 Shared by CC member
Posted by Cyberjaya Community on Tuesday, 17 March 2020
Min..balai pon beli A4 dan ink sndri..kang bersesak balai tunggu print sorang2..elok yang perlukan borang ni print…
Posted by Friends Of PDRM on Tuesday, 17 March 2020
Himpunan tersebut menimbulkan kegusaran orang ramai terhadap penularan wabak yang secara tidak langsung boleh mengancam kesihatan petugas di balai.
Sumber: Friends of PDRM