Siakap Keli

‘Hikmah Covid-19’, Tiga Hari Berkurung Dalam Bilik Demi Nak Kaya Dan Berjaya

“Setiap hari adalah peluang untuk buat lebih baik dan jadi insan yang bermanfaat kepada lebih ramai orang”. Ini adalah antara nilai yang dipegang oleh Team RichWorks bersama Pengasasnya – Dr Azizan Osman.

Setelah melihat keadaan penularan wabak COVID-19 semakin serius di seluruh dunia dan juga di Malaysia, kami menyahut gesaan kerajaan untuk membatalkan sebarang perhimpunan besar-besaran. RichWorks yang telah menjadualkan untuk mengadakan Program Zero To Million yang bakal dihadiri 2,000 peserta pada 13 hingga 15 Mac lalu di Ideal Convention Center (IDCC), Shah Alam telah mengambil keputusan drastik untuk mengadakan program 3 hari itu secara online sepenuhnya.

Walaupun persiapan telah dibuat hampir 90%, dewan pun telah disediakan, sistem audio dan visual pun telah dipasang, dan Dr Azizan Osman serta Team RichWorks sendiri telah bersedia sepenuhnya untuk menjayakan program 3 hari tersebut, segalanya terpaksa diubah di saat akhir setelah keputusan dibuat kerana tidak mahu membatalkan atau menunda program yang bakal membantu usahawan untuk meningkatkan jualan bisnes mereka, terutama di musim perayaan.


Memetik kata-kata Dr Azizan Osman di IG nya – AzizanOsman_Official “Jika saya ada pilihan saya pastinya lebih suka mengajar di atas stage yang luas bebas di dalam dewan bersama anda beribu orang di dalam hall yang besar dan bukan di ruang kecil sempit tidak boleh bergerak ini.

Tetapi kami akur dengan panduan cadangan dan saranan pihak Kementerian Kesihatan agar tidak berhimpun beramai-ramai…

Bestnya belajar melalui online, lebih fokus, lebih intensif dan rasa macam berdepan 1-on-1 dengan saya. Of course best. Kami dah buat dengan Titan dah bertahun-tahun dah… ini zaman digital… korang mengadap phone pun boleh layan lama…”



Apa yang berlaku, selama 3 hari Dr Azizan Osman mengajar secara online sepenuhnya bermula dari pagi hingga ke malam, dan peserta juga sangat teruja kerana banyak ‘online experience’ yang berbeza yang mereka alami dari segi audio dan visual.

Para peserta juga memberikan banyak komen positif dan ramai yang mengucapkan terima kasih dan terharu atas usaha yang RichWorks lakukan sehinggakan laman msn.com juga viralkan gambar Dr Azizan Osman yang sedang duduk di dalam studionya sambil mengendalikan seminar secara online.

Di akhir sesi Seminar Online Zero To Million, seperti di program-programnya yang lain, Dr Azizan Osman tak lupa untuk mendoakan kesejahteraan, keselamatan dan kejayaan semua para peserta programnya.

Memandangkan banyak permintaan dari orang ramai untuk menyertai seminar online, pihak RichWorks akan mengadakannya sekali lagi pada 27-29 Mac 2020, secara online. Untuk maklumat lanjut, klik link ini www.richworks.com/wasap
#TeamRichWorks
#ZeroToMillion
#AzizanOsman

Nur Farra