Siakap Keli
Kredit: Dinas Bridal

Pengantin Buat Majlis Kahwin ‘Drive Thru’, Agih Makanan Bungkus Untuk Tetamu Elak Risiko COVID-19

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin serius, Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan telah menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan risiko dijangkiti wabak berkenaan.

Antara penekanan yang diberikan ke atas semua rakyat Malaysia adalah dengan menghindari tempat awam serta himpunan orang ramai, termasuklah ke majlis-majlis keramaian dan sebagainya.

Sehingga hari ini, seramai 553 kes COVID-19 telah direkodkan di Malaysia dengan kebanyakan daripada kes itu melibatkan kontak rapat pesakit.

Menyahut saranan kerajaan, pasangan mempelai ini mengambil keputusan untuk mengadakan majlis perkahwinan pandu lalu atau drive thru bagi mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19.

Detik bermakna itu dikongsikan Dinas Bridal di laman Facebook mereka dan telah mendapat lebih 3.6 ribu perkongsian.

Majlis Kahwin Drive Thru 2020.

Bersempena Isu Covid 19

1) Isyarat tangan sebagai tanda salam.
2)Tabung sumbangan pengganti salam keruk
3)Pihak pengantin hulur makanan
4)Tetamu ambil makanan, isyarat tangan kembali tanda terima kasih.

Kurangkan ke tempat terbuka dan bersentuhan. Kerana kami perihatin.

Sumber: Dinas Bridal

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.