Siakap Keli

(Video) Pelancong Tak Datang, Rusa Kelaparan Keluar Berkeliaran Cari Makanan Di Jepun

Kumpulan rusa di Pulau Nara, di Jepun dilaporkan berkeliaran mencari makanan dipercayai kelaparan kerana jumlah kedatangan pelancong yang berkurang disebabkan COVID-19 yang melanda dunia ketika ini.

Pelancong-pelancong sebelum ini sering mendapatkan makanan seperti snek beras daripada gerai-gerai jualan yang ada di sekitar kawasan pulau tersebut untuk diberikan kepada rusa-rusa ini.

Disebabkan itu, rusa-rusa ini biasanya tidak perlu bersusah payah meninggalkan habitat mereka untuk mendapatkan makanan.

Terbaru, beberapa keping gambar serta video tular di media sosial yang dipercayai menunjukkan kumpulan rusa mencari makanan di kawasan bandar, termasuklah meragut rumput dikawasan taman berdekatan.

Media turut melaporkan kegusaran dalam kalangan penduduk tempatan yang terpaksa berhati-hati ketika memandu supaya tidak melanggar mana-mana rusa yang berkeliaran mencari makanan.

Sumber: The Independent

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.