Siakap Keli

(Video) Perak Ganti Ungkapan Azan Hay’alatain Dengan ‘Solatlah Di Rumah Kamu’ Bermula Maghrib Ini

Menerusi laman Facebook Mufti Negeri Perak mengatakan bahawa laungan azan diubah daripada yang asal susulan penularan wabak Covid-19 yang membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan semalam, azan ini boleh digunapakai semasa menunaikan solat jemaah di rumah.

Laungan azan yang diubah daripada ‘Marilah menunaikan solat’ kepada ‘Solatlah di rumah anda’, ia membawa maksud yang sama, bermula Magrib 17 Mac sehingga Isyak 31 Mac.

Covid-19: Tukar Laungan Azan Di Masjid ‘Tunaikanlah Solat Di Rumah Kalian’ Tidak Salah – Dr Zulkifli

Seperti perkara 6 di dalam kenyataan rasmi ini anda boleh lihat bahawa;

Laungan Azan akan dilaksanakan di masjid dengan gantina seruan ungkapan hay’alatain kepada ‘solufi buyutikum’ (Solatlah di rumah kamu) – berdasarkan riwayat al-Bukhari (668) dan muslim (669). 

Di sini SK sertakan cara laungan azan sebagai panduan kepada semua umat Islam.

 

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang