Siakap Keli
Kredit: Bernama TV

(Video) Pesakit COVID-19 Meninggal Dunia Pernah Alami Gelaja Demam, Batuk & Sukar Bernafas

Putrajaya, 17 Mac – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan pesakit yang meninggal dunia akibat COVID-19 di Malaysia hari ini menunjukkan gejala demam, batuk dan kesukaran bernafas sebelum ini.

Kes pertama kes ke-178 merupakan seorang warganegara Malaysia berumur 34 tahun yang pernah hadiri himpunan tabligh tempoh hari.

“Mangsa mula mengalami gejala demam mulai 5 Mac 2020 dan mendapat rawatan di Hospital Permai Johor Bahru pada 12 Mac setelah dikesan positif COVID-19,” kata beliau.

“Keadaan pesakit merosot dan dimasukkan ke unit rawatan rapi dan disahkan meninggal dunia hari ini.

“Kes-358 merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kronik. Mangsa mula mengalami gejala demam, batuk dan kesukaran bernafas pada 7 Mac 2020.

Pesakit mendapat rawatan pada 14 Mac di Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac setelah dikesan positif COVID-19. Keadaan pesakit merosot dan disahkan meninggal dunia hari ini, katanya.

Sumber: Bernama TV

Amira

Love yourself.