Siakap Keli

COVID-19: 11 Sudah Pulih, Jumlah Terkini Sembuh 60 Kes

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan bahawa jumlah terkini kes pesakit Covid-19 yang sudah pulih adalah sebanyak 11 kes.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang sudah pulih sepenuhnya dan telah discaj dari wad adalah seramai 60 kes.

Dalam pada itu, tiada kematian terbaharu dilaporkan hari ini.

Selain itu, KKM turut mengesahkan terdapat 117 kes terbaharu, menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 730 kes.

Difahamkan, 80 kes daripada jumlah terkini itu adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling, baru-baru ini.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'