Siakap Keli

“Doktor Tak Bagitahu Pun Boleh Mati,” Wanita Kongsi Pengalaman Lahirkan Anak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap daripada insan yang bergelar ibu pastinya sudah berpengalaman dalam melalui detik-detik sukar dalam melahirkan seorang cahaya mata.

Umum telah mengetahui bahawa melahirkan anak sememangnya sesuatu yang sukar dan pelbagai risiko kesihatan terpaksa digadaikan. Pengorbanan itulah yang perlu dihargai oleh setiap yang bergelar anak serta suami.

Dalam satu bebenang Twitter yang ditulis oleh Bella Anuar, dia ada berkongsikan tentang pengalamannya dalam melahirkan anak yang pastinya tidak akan dilupai olehnya. Pelbagai cabaran serta dugaan yang perlu dilaluinya untuk melahirkan anak mungkin boleh memberi sedikit kesedaran untuk kita berkenaan pengorbanan seorang isteri dan ibu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Bersalin adalah antara hidup & mati

Bukan satu benda yang boleh diambil mudah. Contohnya seperti saya. Doctor tak bagitahu pun yang sebenarnya saya boleh mati. Saya cuma tahu saya mati hidup semula sewaktu saya dalam ICU. 6 jam mereka berusaha untuk menyelamatkan saya.

Waktu doctor diagnose dengan placenta previa anterior type 4 with focal accreta saya ingatkan benda biasa. Siap minta aor discharge 2x balik rumah jumpa anak sulung. Rindu. Degil tak nak warded dekat hospital. Doctor banyak kali marah. Suruh duduk hospital takut bleeding.

Ada sekali tu siap degil tak nak balik hospital sampai HOD suruh doctor incharge call semua hospital dekat Klang Valley untuk cari kita sama ada dah bersalin ke belum. Waktu kita serah diri semula memang seronok la kena marah. Dorang marah sebab risau. Sebab sayang.

Waktu warded dorang banyak kali bagitahu saya ada possibility untuk kena hysterectomy. Buang rahim. Benda paling saya takut. Baru 27 tahun. Anak baru 2. Tak kan dah tak ada rahim. Stress bila fikir. Tapi rupanya ada yang lebih menakutkan. Mati.

Saya warded dari awal bulan 1. Mereka plan baik-baik untuk bedah saya pada 4/2. Pakar O&G Pakar paediatric Pakar urology Pakar anaesthesia semua duduk semeja untuk bincangkan mengenai pembedahan saya. Saya bawah pengawasan HOD.

2 pagi malam sebelumnya dah mula puasa. Pagi-pagi dah pasang drip. Tengahari mereka usung saya ke dewan bedah utama. Mereka tak buat surgery saya di bangunan KKWK. They’ve prepared for the worse. Supaya saya dekat dengan blood bank & ICU. Dan saya masih chill.

Once dah masuk dalam dewan bedah. Tukar baju. Sambil tunggu dipanggil saya mula menangis. Sebab ramai orang suruh saya berdoa. Ramai pandang saya dengan pandangan simpati. Jadi saya tau pembedahan ni antara hidup & mati. Dan kalau hidup sekalipun kemungkinan rahim saya akan dibuang.

Satu badan sakit taktau apa yang berlaku

Waktu saya masuk ke OT, saya tengok ada ramai sangat orang. Lebih daripada 20 orang. Yang standby dalam bilik kaca ramai. Sangat ramai. pelbagai alat mereka pasang dekat saya. Saya disuruh bernafas dengan bantuan alat sampai kerongkong & hidung saya kebas. Saya kemudian dipengsankan.

Waktu saya sedar semula, saya dah berada di ICU. Intubated, menggigil & demam. Mereka ikat tangan saya. Satu badan saya sakit tapi saya taktau apa yang dah berlaku. Saya cuma nampak suami saya & FIL dan dia cakap dah malam.

Bayangkan masuk OT tengahari tapi bila sedar orang kata dah malam. Lamanya! Nak fikir tapi badan rasa mengantuk. Lepas operation antara sedar & tak. Sampai specialist datang & dia explain apa yang berlaku.

Alhamdulillah selamat melahirkan anak

I lost a lot of blood! Saya kehilangan 5 litre darah bersamaan dengan kesemua darah yang ada di dalam badan. Blood pressure saya drop serendah 40/20. Doctor kata tu BP orang yang dah nak mati. Meremang bulu roma bila dengar.

Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan anak saya secara pembedahan. Lepas doctor berjaya keluarkan anak saya, mereka tunggu selama 20 minit untuk tengok sama ada uri mengecut & berpisah dengan sendirinya. Malangnya saya terus berdarah dengan teramat banyak.

Mereka perlu masukkan balloon yang dipanggil Bakri balloon untuk mengawal pendarahan. Mereka juga perlu buat 2 lubang di kiri & kanan perut saya untuk monitor pendarahan. 2 bag yang ada darah dalam gambar kedua tu dipanggil right & left latex drain.

Sewaktu pembedahan mereka perlu activate major transfusion protocol (MTP). Berlari-lari doctor ke blood bank untuk ambil darah. Sewaktu pembedahan mereka telah bersedia dengan 4 bag darah tapi saya memerlukan lebih daripada itu.

Total ketika operation adalah: 8 pints packed cells, 10 units fresh frozen plasma, 4 units platelets, 6 units cryoprecipitate

Tu dalam OT tak kira yang dalam ICU. Total darah yang digunakan sebanyak 14 pint packed cells. Sampai hari ke 3 sebelum transfer dari ICU ke HDU dorang masih lagi transfused darah.

Hargailah seorang ibu

Tolong lah hargai seseorang yang bergelar ibu. Mereka bertarung nyawa untuk melahirkan seorang khalifah ke muka bumi ini. Hargailah isteri anda wahai suami. Hargailah ibu anda wahai anak. Sakitnya bersalin hanya Allah sahaja yang tahu.

Ringankan mulut. Tanya isteri. Ada apa-apa yang boleh saya tolong? Kalau dengar anak menangis waktu malam, bergilir lah jaga anak. Jangan pentingkan diri kata awak kerja. Awak taktau isteri kat rumah tu dapat rehat ke tidak.

Belailah isteri anda. Tunjukkan kasih sayang. Mereka akan rasa lebih dihargai.

Walaupun saya dah lebih sebulan melahirkan anak tapi sakitnya efek bersalin kali ini masih lagi terasa. Badan sangat lemah

Tau tak betapa sakitnya waktu mereka keluarkan drain tu? Saya tanya doc. Sakit tak? Doc cakap “you’ve gone through worse. This is nothing” Nothing sangat. Waktu dia cabut boleh terasa drain tu bergerak dari rahim & keluar ikut perut. Tanpa apa-apa bius okay.

Bakri drain takde apa sangat. Dorang keluarkan air, supaya balloon tu kecut. Keluarkan gauze. Keluarkan balloon. Disebabkan latex drain tu sakit. Bakri drain ni nothing. Hehe Banyak betul ‘handbag’ waktu keluar daripada OT. Kenangan sungguh

Saya sangat bersyukur sebab dijaga dengan baik oleh staff PPUM. Dibawah team A. Surgery saya dibuat oleh Prof Datuk Dr Siti Zawiah, HOD O&G. Thank you so much kepada Dr Rahmah, Dr Rajeev, Dr Jesrine & kesemua doc team A yang turun padang sewaktu surgery saya.

Thank you so much yang derma darah. You guys dah selamatkan orang yang memerlukan macam saya. Yang mana belum pernah menderma, go & derma now! InsyaAllah, saya akan derma darah once dah recover. Berazam minimum 14x. Semoga darah saya pula dapat membantu mereka yang memerlukan.

Sumber: Bella Anuar

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa