Siakap Keli
Kredit: Bernama

Pakatan Harapan Cadang Kerajaan Hadkan Pembelian Barang Keperluan Asas

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) — Pakatan Harapan (PH) mencadangkan agar kerajaan menimbang langkah mengehadkan pembelian barang keperluan asas di pasar raya bagi menjamin kuantiti adalah mencukupi untuk semua yang memerlukan.

Menurut kenyataan Majlis Setiausaha PH hari ini, langkah itu boleh dikuatkuasakan dengan pasar raya mengenakan had pembelian seperti kempen jualan murah bagi sesuatu produk.

Selain itu, kerajaan boleh menguatkuasakan had pembelian dengan kuasa Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di bawah Akta Kawalan Bekalan Makanan 1961, menurut kenyataan tersebut.

“Majlis Setiausaha PH mengambil maklum isu barangan keperluan pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan terutama berkaitan pembelian secara panik, pencatutan serta stok barangan keperluan asas di pasar raya.

“PH faham akan kegusaran dan keresahan dalam kalangan rakyat Malaysia ketika ini, lebih-lebih lagi dalam suasana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang baru dimulakan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kerajaan tidak boleh berlengah dalam melaksanakan had pembelian barangan keperluan asas demi menjamin keselamatan makanan bagi semua penduduk terutama sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.