Siakap Keli

Ramai Yang Masih Keliru, UAI Perjelas Lebih Lanjut Hukum Berzikir Dalam Tandas

Kadang kita leka dan terlupa di tempat yang tidak sepatutnya untuk menyebut kalam Allah, kita melakukannya. Ya, kita sering melakukan kesilapan.

Tetapi ramai juga yang masih keliru dengan hukurm berzikir di dalam tandas ketika sedang menunaikan ‘hajat’ kecil dan besar.

Jangan risau, melalui perkongsian daripada Ustaz Azhar Idrus di laman Instagramnya telah menerangkan hukum jika kita tersalah melontarkan alunan zikir di dalam tanda.

Ini merupakan soalan dan jawapan yang dijawab oleh UAI.

SOALAN :

Apakah hukumnya seorang yang sedang berada dalam tandas berzikir akan Allah?

JAWAPAN :

Antara adab ketika berada di dalam tandas atau tempat membuang najis ialah tidak membaca dengan lisan akan Quran atau zikir atau doa atau yang seumpamanya kerana memuliakan sekelian yang tersebut itu. Dan tiada mengapa jika dia tuturkan di dalam hati.

Berkata Imam Ibnul Munzir :

وقال عكرمة لا يذكر الله وهو على الخلاء بلسانه ولكن بقلبه .

Artinya : “Dan telah berkata olih Ikrimah orang yang sedang berada di dalam tandas itu tidak berzikir akan Allah dengan lisannya akan tetapi harus dengan hatinya.” (Kitab Al-Awsath)

Berkata Syeikh Ahmad Mamduh Ahli Majlis Fatwa Negeri Mesir :

الإنسان إذا ذكر الله تعالى فى الحمام فلم يكن قد ارتكب حراما وإنما ارتكب مكروها لأنه لم يليق بالتعظيم الواجب مع اسم الله ولفظ الجلالة فالأدب خير من الذهب، حيث أنه يفضل تجنب الذكر فى هذه الأماكن.

Artinya : “Bermula manusia itu apabila zikir ia akan Allah Taala di dalam tandas maka tidaklah ia melakukan yang haram hanya ia telah melakukan yang makruh kerana sungguhnya tiada layak ia mengagungkan yang wajib serta nama Allah dan Lafzul Jalalah. Maka adab itu lebih berharga dari emas sekira-kira afdhal ia jauhkan berzikir pada tempat-tempat sebegini.” Berkata Syeikh Ahmad Syarif An’Na’san :

فالذِّكْرُ باللِّسَانِ مَكْرُوهٌ، لأنَّ المَكَانَ غَيرُ لائِقٍ لذلكَ، وإنْ ذَكَرَ اللهَ تعالى بِقَلبِهِ فلا حَرَجَ عَلَيهِ بِدُونِ أن يَتَلَفَّظَ بِلِسَانِهِ

Artinya : “Maka zikir dengan lidah itu makruh dari kerana tandas itu tiada layak dengan demikian itu. Dan jika ia zikir dengan hatinya maka tiada menjadi kesalahan tanpa ia berlafaz dengan lidahnya.” wallahua’lam

 

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.