Siakap Keli
Gambar: Bernama

Seluruh Rakyat Boleh Main Peranan Untuk Nasihat Dan Tegur Mereka Yang Ingkar”- KJ

Umum sememangnya mengetahui bahawa dunia kini sedang dilanda dengan wabak virus Covid-19 yang boleh membawa maut.

Sehingga kini, kes serta angka kematian yang dicatatkan di seluruh dunia meningkat hari demi hari. Justeru daripada itu, banyak negara yang telah mengambil langkah serius dalam memerangi virus ini antaranya China, Amerika Syarikat, Itali, Perancis, Vietnam, Thailand dan juga Malaysia.

Di Malaysia, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan untuk kuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak ini.

Perintah tersebut berkuatkuasa pada hari ini tanggal 18 Mac 2020. Sungguhpun perintah tersebut telah bermula hari ini, masih lagi terdapat segelintir masyarakat yang berdegil untuk patuh pada perintah tersebut.

Menurut satu Tweet yang ditujukan oleh seorang warganet kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin, masih ramai lagi yang ingkar perintah berkurung dilaksanakan kerajaan. Dia juga mencadangkan kepada YB Khairy Jamaluddin untuk menggunakan pengaruhnya dalam menyedarkan kepada masyarakat tentang pentingnya akur kepada perintah kerajaan ini.

YB Khairy Jamaluddin mengulas cadangan itu dan menyatakan bahawa kita perlu bertanggungjawab dan turut serta dalam menasihatkan dan menyedarkan golongan yang ingkar akan perintah ini.

Justeru daripada itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah sentiasa patuh dan beri kerjasama kepada arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam usaha untuk membendung penularan wabak ini jika tidak ingin negara kita sampai ke tahap yang lebih buruk sekali seperti yang telah terjadi di beberapa negara yang telah diperintahkan untuk berkurung di rumah sepenuhnya.

sumber: Twitter

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa