Siakap Keli
Gambar: CBHUK/Dr.Zulkifli

Solat Pakai ‘Face Mask’, Menteri Agama Jawab Persoalan Netizen

Peningkatan kes COVID-19 di Malaysia menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat sehingga kerajaan telah menetapkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada hari ini sehingga 31 Mac 2020.

Dalam keadaan pandemik ini, masyarakat khususnya dalam kalangan netizen tertanya-tanya mengenai ibadah bagi umat Islam. Laman sosial Menteri Dalam Negeri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri sudah semestinya dihujani dengan pelbagai kemusykilan berkaitan dengan solat.

Salah satunya ialah mengenai hukum memakai topeng muka semasa solat. Menurut Datuk Seri Dr Zulkifli, adalah dibolehkan memakai topeng muka jika ada keperluan.

Beliau juga menegaskan, bagi meraikan Perintah Kawalan Pergerakan, kita diseru untuk solat berjemaah di rumah.

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih mendalam mengenai isu ini, ikuti perkongsian daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Sumber: Dr.Zulkifli Mohamad al-Bakri

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa