Siakap Keli

TERKINI: 117 Lagi Kes Baru COVID-19 Dicatatkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu tweet sebentar tadi memaklumkan sebanyak 117 kes baru COVID-19 dilaporkan di Malaysia setakat 18 Mac.

Ia menjadikan jumlah kes keseluruhan kini meningkat kepada 790 kes.

80 daripada kes baru berkenaan dikaitkan dengan kluster kes perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling. Jumlah kumulatif kes tabligh adalah 513 kes.

Manakala sebanyak 11 pesakit lagi telah pulih menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh meningkat kepada 60 pesakit.

Sebanyak 15 pesakit pula dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.