UEFA mengambil keputusan untuk menangguhkan perlawanan Euro 2020 ke tahun hadapan berikutan krisis penularan wabak COVID-19.
Keputusan tersebut telah dicapai menerusi mesyuarat pada hari ini untuk mengatur semula perlawanan mereka termasuk Liga Juara-juara dan Liga Eropah.
Perlawanan itu bakal ditangguhkan ke 11 Jun hingga 11 Julai 2021 dari tarikh asal 12 Jun hingga 12 Julai 2020.
Acara yang melibatkan 12 buah negara termasuk England dan Scotland itu dijadualkan bermula di Rome dan berakhir di Stadium Wembley.
Keputusan itu diperoleh melalui perbincangan melibatkan Persatuan Kelab Eropah dan Lembaga Liga Eropah, diikuti mesyuarat melibatkan UEFA bersama 55 ahli persatuannya.
Sumber: Metro UK, The Sun UK